Program Motivasi
PENDAHULUAN
Motivasi belajar dan kemahiran belajar ialah dua elemen yang penting bagi melahirkan generasi pelajar yang cemerlang. Modul yang dirangka dan digarapkan lebih menjurus ke arah membentuk sakhsiah pelajar, mengimbangi kesepaduan ilmu Naqliyah dan Aqliyah serta memberi penekanan berkaitan dengan teknik belajar yang berkesan “Smart Learning” dan Teknik Menghadapi Peperiksaan.
PENDEKATAN
Menggunakan pelbagai kaedah pendekatan untuk memberi ruang kepada pelajar bagi mengaplikasikan kaedah-kaedah yang telah diberikan. Modul ini juga dapat membentuk para pelajar lebih berkeyakinan untuk menempuhi alam pembelajaran sebagai seorang insan sebenar dan khalifah Allah. Sebagai makhluk yang terbaik dan sebagai khalifah Allah sememangnya manusia layak mencapai KECEMERLANGAN dalam hidup.
KONSEP
Pelaksanaan program motivasi dan kemahiran belajar ini adalah berasaskan konsep “ Gandingan di antara keilmuan Islam terdahulu yang mantap dan penggunaan teknologi moden yang bermanfaat ” (الجمع بين القديم الصالح والجديد النافع). Konsep tersebut bertujuan memanfaatkan kembali keilmuan, motivasi dan teknik pengajian menurut Islam dengan penggunaan karangan ulama- ulama terdahulu sebagai salah satu sumber ilmu tanpa mengabaikan karangan-karangan dan teknik-teknik pembelajaran terkini.
VISI
Melahirkan generasi Khalifatullah yang beriman, berilmu dan beramal untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
MISI
Misi Program ini ialah melahirkan generasi pelajar yang cemerlang akademik tanpa mengabaikan kecemerlangan spiritual dan sakhsiah.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kesedaran akan keperluan dan kewajipan menguasai ilmu dan mengamalkannya.
- Melahirkan generasi yang berpengetahuan dan mencintai keilmuan serta mampu mengimbangi kepentingan keilmuan Islam dan akademik dalam kehidupan.
- Menguasai teknik-teknik pembelajaran yang sistematik dan berkesan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.
- Memantapkan motivasi pembelajaran dan meningkatkan tahap keyakinan dan kemampuan diri dalam menghadapi pembelajarandan peperiksaan.
NILAI
Untuk mencapai visi dan melaksanakan misi MODUL ini mengajak para peserta berpegang teguh kepada ”KHALIFAH” sebagai nilai teras. Sebagai Khalifah ada empat kewajipan makro yang patut dilaksanakan iaitu :
1. Ibadah khusus yang membabitkan hubungan manusia dengan pencipta.
2. Sistem Muhasabah yang membabitkan hubungan manusia dengan diri sendiri.
3. Sistem sosial yang membabitkan hubungan manusia dengan manusia.
4. Sistem pengurusan yang membabitkan hubungan manusia dengan alam semesta.