Program Pembangunan

PENGENALAN

Visi Terbilang terlibat secara langsung di dalam program-program pembangunan modal insan, latihan pemantapan organisasi dan motivasi dalam usaha untuk membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu dan seimbang merangkumi diri, keluarga ,organisasi, masyarakat dan negara.

Modul utama yang digarapkan dalam setiap program pembangunan modal insan dan pemantapan organisasi serta masyarakat adalah berpaksikan kepada perubahan sikap dan pembentukkan sahsiah diri bersandarkan kepada gabungan dua elemen penting dalam kehidupan iaitu kenal pencipta dan kenal diri. Kedua-dua elemen ini adalah berteraskan kepada sistem kepercayaan (Belief System ) iaitu Al-Quran dan Sunnah. Matlamat modul adalah ke arah melahirkan ” Insan Madani ” yang dapat mengimbangi kehidupan berpandukan kepada ” Keluhuran Mata Hati” .

Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu. Justeru, fasilitator dan tenaga pengajarnya mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang agama, motivasi, keusahawanan dan pentadbiran.

VISI

Menjadi sebuah institusi pembangunan sumber manusia yang menyediakan latihan, bimbingan,kaunseling dan motivasi ke arah menggarap dan memperkasakan modal Insan Madani dan Al-Ijtima’ Madani bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

MISI

Misi Visi Terbilang ialah membangunkan modal Insan Madani dengan melaksanakan ‘reengineering’ kaedah penyampaian ilmu dan latihan Islam dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, inovatif dan bersedia membantu pelanggan kami mencapai kecemerlangan dan pencapaian yang semaksimun mungkin.

NILAI

Untuk mencapai visi dan melaksanakan misi ini Visi Terbilang berpegang teguh kepada MADANI© sebagai nilai teras.

M = Matlamat ( Motive / Aim )

A = Amanah ( Integrity )

D = Disiplin ( Dicipline )

A = Agama ( Spiritual )

N = Nilai Murni ( Moral Value )

I = Ilmu ( Knowledge )

OBJEKTIF

Mencetus kesedaran yang meluas di kalangan umat Islam untuk melakukan perubahan sprititual dan fizikal ke arah kecemerlangan diri, keluarga, organisasi, komuniti dan negara.

Membimbing peserta-peserta untuk menambah kefahaman terhadap Islam dan memperbaiki amalan-amalan rutin, konsisten dan sistematik untuk pembentukan personaliti yang baik.

Membimbing peserta-peserta memperkasakan diri untuk menambah keupayaan memimpin diri dan orang-orang di bawah pimpinannya ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

KONSEP

Konsep yang digunakan adalah multi-dimensi dalam sistem penyampaian latihan antaranya menggunakan elemen kuliah interaktif, video klips, penulisan, simulasi, teknologi ICT, nasyid, lagu dan puisi.Setiap modul akan mengetengahkan 4 unsur pembelajaran pantas (accelerated learning) iaitu informing (memberitahu), influencing (mempengaruhi), convincing (menyakinkan) dan entertaining (menghiburkan). Ia dijayakan dalam bentuk interaksi dua hala berserta dengan tambatan ingatan separa sedar melalui nasyid serta pendekatan analogi dan kisah teladan. Setiap modul akan dijayakan dengan menggunakan elemen kuliah, latihan dan permainan simulasi in-door dan out-door bagi menggerakkan kembali semangat berpasukan.