Program Pendidikan

PENGENALAN
Pusat Tuisyen Visi Terbilang ( PTVT ) telah memulakan operasi pada pertengahan Jun 2005. PTVT berdaftar dibawah Akta Pendidikan 1996. Pusat ini menawarkan kelas-kelas bimbingan UPSR, PMR, SPM, STPM dan MUET khusus bagi pelajar-pelajar yang menginginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tenaga pengajar PTVT terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dan mahir dalam bidang masing-masing. Di samping itu PTVT juga menyediakan kelas-kelas khas untuk mereka yang ingin mendalami ilmu agama seperti kelas Al-Quran, Fardu Ain dan Pengajian Ilmu-ilmu Islam.
Nota-nota yang komprehensif disediakan bagi memudahkan para pelajar membuat rujukan dan ulangkaji. Harapan kami semoga para pelajar di PTVT akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran mereka.
FALSAFAH
Paduan dan keseimbangan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta memanfaatkan teori dan amali adalah asas utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan generasi terpelajar, ke arah melahirkan INTELEKTUAL yang berjaya di dunia dan akhirat.
WAWASAN
PTVT bertekad menjadi Pusat terkehadapan mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk pelajar kelas pertama, komuniti dinamis, berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia.
MISI
Menjadi Pusat Tuisyen terpilih yang mampu memartabatkan ILMU serta mensejagatkan ILMU beracuan budaya masyarakat setempat.
MOTTO
BERJUANG UNTUK KEMENANGAN ( STRIVE FOR VICTORY )
MATLAMAT
Untuk menjadi Pusat Keilmuan yang terkehadapan, berteknologi, berdaya tahan dan berdaya saing yang :
- Memartabatkan ILMU dan mengimbangi Spiritual dan Akademik.
- Membina personaliti yang beriman, berilmu dan beramal.
- Melahirkan generasi pelajar yang “ Competative frame-work of mind”( Daya tahan, daya saing dan daya juang).
- Membangunkan masyarakat dinamis dan berakhlak mulia.