Fasilitator
1. Shahidah Binti Ramli
Beliau berkelulusan dalam bidang Kesetiausahaan daripada Kolej SAL Kuala Lumpur dan Kesusasteraan Bahasa Inggeris daripada Universiti Khartoum, Sudan. Beliau banyak terlibat dalam program-program pendidikan khususnya yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Kini beliau bertugas sebagai seorang guru di sekolah swasta. Di samping merupakan seorang pakar untuk subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah.
2. Wan Salsabiila Binti Wan Norudin
Beliau berkelulusan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIA ), dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab dan memiliki ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau merupakan salah seorang guru bahasa di sebuah universiti tempatan. Di samping itu, beliau sering menyampaikan motivasi kepada para pelajar. Beliau merupakan seorang pakar untuk subjek Bahasa Arab ( Komunikasi ).
3. Wan Ilyas Bin Wan Ismail,
Beliau berkelulusan dari Universiti Teknologi Mara (UITM), dalam bidang Pengurusan. Beliau juga berpengalaman menyampaikan ceramah dan bengkel Matematik khususnya di peringkat sekolah menengah. Kini beliau bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah swasta. Beliau merupakan seorang pakar bidang Matematik.