Siapa Kami

LATARBELAKANG

Visi Terbilang ialah sebuah institusi yang terlibat secara langsung di dalam program-program Perkembangan Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Latihan Pemantapan Organisasi, Motivasi serta agenda memperkasakan masyarakat dalam usaha untuk membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu dan seimbang merangkumi diri, keluarga, organisasi dan negara.

Sehingga kini Visi Terbilang melalui Program Pembangunan Modal Insan dan Motivasi telah menghasilkan lebih daripada 10 modul latihan dan bimbingan untuk memperkasakan organisasi, lebih daripada 10 modul motivasi belajar untuk golongan pelajar sekolah rendah dan menengah. Di samping itu, beberapa modul khas untuk para pemimpin belia dan organisasi masyarakat.

Kami mempunyai barisan penggerak, pembimbing dan fasilitator yang terlatih dan berpengalaman di dalam pelbagai latar belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu.

VISI

Menjadi sebuah institusi pembangunan sumber manusia yang menyediakan latihan, bimbingan,kaunseling dan motivasi ke arah menggarap dan memperkasakan Modal Insan Madani dan Al-Ijtima’ Madani serta mempromosikan agenda pendidikan seumur hidup bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

MISI

Misi Visi Terbilang ialah membangunkan Modal Insan Madani dengan melaksanakan “reengineering” kaedah penyampaian ilmu dan latihan Islam dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, inovatif dan bersedia membantu pelanggan kami mencapai kecemerlangan dan pencapaian yang semaksimun mungkin.