Pemudahcara & Pembimbing

1. Wan Muhamad Adam Bin Wan Norudin

Beliau berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Afrika, Khartoum dalam bidang Pengajian Islam dan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Sains Politik di Universiti Islam Omdurman dan bidang Pendidikan Bahasa Arab di Institut Antarabangsa Bahasa Arab, Khartoum Sudan. Kini beliau sedang menyiapkan kajian Ph.D dalam bidang Sains Politik. Beliau banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan modal insan, latihan pemantapan organisasi, perkembangan pendidikan, motivasi serta dalam bidang penulisan dan penyediaan modul-modul pembinaan modal insan dan motivasi. Antara kertas-kerja/ penulisan beliau ialah Membudayakan Media dan Komunikasi, Panduan Berqiamullail, Kenapa Perlu Bermotivasi, Keseronokan Belajar, Mutiara Pilihan ( Hadis Rasulullah ), Terjemahan Matan Fathul Qarib dan lain-lain. Beliau juga ialah fasilitator kepada beberapa Konsultan, antaranya Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Akrab Managament Sdn Bhd, Al-Haramain Enterprise dan lain-lain. Kini beliau Pengarah Urusan Visi Terbilang.

2. Mohd Hazman Bin Ramli

Beliau merupakan seorang usahawan muda. Beliau Bergerak aktif sebagai jurulatih program Bina Semangat, Pembangunan Ibu Tunggal dan keluarga miskin, Team Building dan Program Jatidiri semenjak 1998 di sektor awam dan swasta. Latihan Pembangunan Perniagaan antara bidang menjadi sasaran tugasan beliau.

3. Mohammad Imran Nasuhah

Beliau merupakan penolong pengurus Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, Selangor. Beliau begitu komitmen dalam mengendalikan program-program pembangunan dan pembentukan Keperibadian pelajar dan individu mengikut acuan yang digariskan oleh Islam. Di atas rasa tanggungjawab sebagai seorang imam menjadikan beliau begitu komitmen dalam mengendalikan program seumpama ini.

4. Noralyati Binti Yahya

Beliau berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), dalam bidang Psikologi dan Melanjutkan Pengajian diperingkat Sarjana dalam bidang Sain Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Kini beliau sedang menyiapkan kajian Ph.D dalam bidang Psikologi, Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berbekalkan pengalaman sebagai Pegawai Latihan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri ( 2000-2005 ),beliau kini banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan modal insan, latihan pemantapan organisasi dan perkembangan pendidikan dengan beberapa konsultan di sekitar Lembah Kelang.