Modul Pembangunan

Modul utama Pembinaan Modal Insan, organisasi dan masyarakat dibahagikan kepada 4 peringkat bermula dengan Mengenal Diri, Merubah Sakhsiah, Memperkasakan Kepimpinan dan Memantapkan Ijtimai’ . Modul- modul utama ialah :

1. MDPK ( Mengenal Diri Pencetus Kesedaran )

Kesedaran untuk merubah kehidupan bermula dari perubahan sikap buang negatif menyuburkan positif yang menggabungkan elemen kenal pencipta dan kenal diri.

2. SBMO ( Sakhsiah Berkualiti Mantap Organisasi )

Menyedari potensi dan keunggulan diri ialah langkah awal ke arah memantapkan dan memperkasakan sesebuah organisasi. Penyuburan nilai ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika sakhsiah sebenar seorang muslim dapat dipraktikkan dan diterjemahkan dalam perbuatan seharian.

3. MKTK ( Memperkasa Kepimpinan Teras Kecemerlangan )

Kepimpinan melalui teladan berteraskan sirah Nabawi dengan menyuburkan kembali kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

4. PIKAM ( Penyuburan Integriti Kemantapan Ijtima’ Madani )

Pembentukkan sahsiah diri ( karakter diri ) melalui penyuburan kembali komponen IQ, EQ dan SQ setiap peserta ke arah memantapkan komuniti. Pendedahan yang seimbang antara peranan dan tanggungjawab individu dalam sesebuah komuniti dan kepentingan komuniti kepada individu akan mewujudkan Ijtima’ Madani ( Masyarakat Madani )

Di samping itu juga Visi Terbilang juga menyediakan beberapa modul berbentuk khusus iaitu :

1. Modul-modul Qiamullail di peringkat sekolah.

2. Modul-modul memperkasakan ibadah khusus untuk remaja.