Selamat Datang!
Visi Terbilang mengalu-alukan kedatangan anda ke laman web ini. Sesuai dengan nama kami, Visi Terbilang adalah tempatnya untuk anda mempertingkat dan memperkasakan diri. Kami menyediakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan, organisasi dan masyarakat serta menganjurkan kem motivasi belajar dan kemahiran belajar. Setiap program yang kami jalankan adalah berdasarkan modul-modul yang berkualiti dan telah diuji keberkesanannya.
Pihak kami sentiasa bersedia membantu pelanggan kami untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kualiti kehidupan serta membantu menambah baik taraf kehidupan dan pendidikan, khususnya kepada masyarakat Islam.
Sebarang pertanyaan dan maklumat berkaitan dengan modul-modul yang lengkap dan terperinci boleh diajukan terus kepada pihak kami. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang kami berikan kepada pihak tuan- tuan.
Sila ruangkan masa tuan-tuan dan puan-puan sejenak untuk melayari laman-laman kami yang berkaitan.
Terima kasih kerana melawati laman Visi Terbilang. Berkunjunglah lagi untuk memperolehi maklumat terkini.